Keunikan dan kekuatan album kompilasi bergenre pop dakwah ini adalah terletak kepada bacaan setiap surah lontaran vokal Biduanita Negara ini. Ia cukup menilai ketokohannya sebagai qariah yang bakatnya telah digilap sejak zaman kanak-kanak dan remaja. Juga dimuatkan dua lagu baru 'Breaking The Silence' ataupun 'Gelora' ciptaan Yasin yang menjadi lagu tema sempena pelancaran autobiografi kontroversi yang menggunakan tajuk yang sama. Manakala 'Tetamu Senja' nyanyian asal Kopratasa diberi sentuhan menarik apabila diiringi alat muzik tradisional, gambus.